Kami bersedia membantu anda. Kami membekalkan tukang cat yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman untuk menyiapkan kerja-kerja cat anda dengan kualiti yang terbaik.
Sekiranya anda mahukan kualiti kerja yang baik, tanpa perlu mengeluarkan kos perbelanjaan yang terlalu tinggi, anda boleh cuba perkhidmatan kami.
Perkhidmatan Mengecat Yang Kami Sediakan
Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan mengecat yang kami sediakan
1. Tukang Cat Rumah
Sama ada anda ingin mengecat sebahagian daripada rumah, atau keseluruhan rumah, luar atau dalam, insya-Allah, kami mampu menjadikan rumah anda kelihatan lebih menarik.
2. Tukang Cat Perabot
Kami juga mengambil tugasan mengecat perabot rumah seperti almari, kabinet, dan meja.
3. Tukang Cat Bumbung
Sekiranya anda mempunyai bumbung yang sudah usang tetapi masih boleh dipulihkan, kami mampu membantu pulihkan bumbung anda supaya menjadi lebih menarik.
4. Tukang Cat Struktur Rumah
Kami juga menyediakan perkhidmatan mengecat binaan struktur rumah anda, seperti tiang seri, kayu pemanis, beam bumbung, dan frame untuk pintu dan tingkap
5. Tukang Cat Lantai
Kami juga menyediakan khidmat cat lantai seperti untuk lantai parking, lantai kedai, lantai workshop dan lantai tangga menggunakan epoxy.
Selain anda mempunyai tugas mengecat yang tidak tersenarai di atas, jangan risau, kami masih boleh mengambil tugas mengecat anda. Anda boleh hubungi kami di 019-3701448 (Hanafi) untuk pertanyaan.
Berapakah Upah Cat Rumah Yang Dikenakan?
Kos upah mengecat yang kami tetapkan adalah bergantung kepada tugasan. Antara faktor yang menyumbang kepada perbezaan harga upah mengecat adalah:
1. Kesukaran kerja
2. Saiz binaan/luas kawasan yang ingin dicat
3. Jenis kerja mengecat
4. Bilangan lapisan cat yang diperlukan
Anggaran harga yang kami tetapkan adalah dari serendah RM0.50/kaki persegi. Sekiranya anda mahukan sebut harga yang tepat, anda boleh hubungi kami melalui whatsapp ke 019-3701448 (Hanafi). Anda boleh maklumkan butiran kerja mengecat yang anda perlukan, dan kami akan berikan kepada anda sebut harga untuk menyempurnakan tugas cat anda.
Anda boleh tentukan, sama ada anda ingin mengupah kami sahaja, dan anda bekalkan cat, atau anda ingin mengupah kami, dan cat kami bekalkan.